Friday, December 18, 2009
Kelas Make up di My Touch Beauty SPA
Sunday, December 13, 2009
Kelas Kecantikan di Kuatan, Pahang
Agak lama juga saya tidak menulis disini, saya terlalu sibuk dengan hal-hal peribadi dan juga perniagaan. Disamping itu juga , saya terlibat dengan program VTO yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran. Apa yang best nyer ngan program ni? Messti semua nak tahukan? Yang bestnya percuma kepada graduan , VSS dan juga siswazah yang tiada pekerjaan. Di dalam program ni kami sebagai Consultant akan melatih peserta di dalam bidang kemahiran untuk memenuhi keperluan dan standard yang diperlukan oleh majikan . Di akhir sesi latihan kami juga akan mencarikan majikan kepada pelatih-pelatih kami.
Kalau nak tahu cerita kena menghubungi saya secara personal.
Opppss. terlupa lak. Di sini saya ingin kenalkan salah seorang dari partner baru saya di Kuantan. kami adalah Trainer untuk program Coaching anjuran JPK.
Gambar ini diambil semasa kami mengadakan sesi Demo.
FYI, Kak Nor dari Faza Andaman adalah seorang yang aktif di dalam bidang andaman dan juga bergiat cergas di dalam persatuan perniagaan wanita.
Kami akan menggadakan kelas tatarias pada Feb2010. Jika ada yang berminat nak join sila emailkan segala pertanyaan di quensheila@ymail.com
Sijil adalah dari Pusat bertauliah.

Posted by Sharifah Wani at 11:01 PM
Labels: andaman, kecantikan, make up
Monday, July 20, 2009
Bengkel Tatarias Terkini di PUSMA KL

Yang ni Cikgu Juli punya turn , dia menerangkan peranan sebagai juru make up.

Yang ni , aktiviti selepas waktu minum petang di mana kita gayakan pakaian penggantin dari Jawa. Baju ni saya dan Cikgu beli semasa kami berdua ke Indon.

Amacam, Ok tak? kalau berkenan boleh lah calling2 untuk sewa.

Ada gaya penggantin tak?? dah lepas you.... inai masih lagi dijari

Yang ni lak, Ibu & anak. Umo ibu 47 dan anak baru je 23.

Yang ni best. Geng WMC Bila masing2 tahu kami adalah ahli WMC lagilah bertambah meriah. tambah lagi kami adalah pengguna produt Giffarine.

Yang ni wani Pooh. Pelajar lepasan GiatMara. Make up dah ok. Lulus lah

Yang ni pun pelajar Giat Mara juga. Sesiapa yang nak ambil dia sebagai pekerja boleh lah.

Yang ni bercita-cita nak buka salon. ada potensi & gaya pun ada.

Ni gambar sebelum, zalina di make upkan oleh wani. Pada sesi kali ini, seya telah meminta pelajar GM untuk menyolekkan peserta dahulu. adengan usik mengusik pun terjadilah dimana saya asyik kenakan cikgu Ct. cikgu pun sporting. Kan cikgu...kan..kan

Ini adalah gambar kenangan kami semoga kita berjumpa lagi. salah dan tersasul bahasa harap diampunkan. Mana yang kurang harap faham.

Terima Kasih juga kepada wartawan Sinar Harian kerana sentiasa bersama saya walau di mana jua saya berada. Terima Kasih.

Friday, July 17, 2009
Bengkel Bersama Ibu Tunggal



Saya dan Cikgu Juli sepakat tidak akan lagi mengambil any job dari persatuan.
Posted by Sharifah Wani at 2:41 PM
Labels: bengkel, giffarine, ibu tunggal
Thursday, July 16, 2009
Bengkel Make up Make Over Di Anggerik Mall
Begitu lama saya tidak menulis di ruangan ini. Penyakit malas dah timbul semula. hjehehhe ....Sibuk ya amat sibuk.
Disini saya ingin catatkan kenangan manis saya bersama peserta bengkel saya anjuran bersama MARA Selangor. Para peserta pun sporting juga.


Disini juga saya inginrakamkan ucapan terima kasih saya kepada Pn. Rosliza dari Giffarine Malaysia kerana sudi memberikan taklimat percuma tentang produt Giffarine. Pada setiap bengkel saya, saya akan menggunakan produt Giffarine, dan mereka yang menyertai bengkel solekan saya dan menjadi ahli Giffarine, yuran hanyalah Rm20/- sahaja. Kalau harga biasa adalah RM35/-. Ahli akan mendapat less 25% untuk setiap pembelian barangan.
Posted by Sharifah Wani at 6:54 AM
Saturday, June 27, 2009
Bengkel dandanan Rambut di MPAJ
Salam sejahtera.
Lama rasanya kita berjumpa. Terlalu sibuk dengan kursus dan juga di kedai. Pada 16 may lepas , saya telah di jemput oleh MPAJ dengan kerjasama Kolej Komuniti Hulu Langat untuk menggadakan bengkel dandanan rambut lelaki. Terkejut jugak. Tak pernah buat bengkel untuk orang lelaki ni. Apapun rezeki jangan ditolak. Saya telah menjemput salah seorang kenalan lelaki saya untuk memberikan serba sedikit tunjuk ajar. Ini kerana peserta adalah terdiri dari kaum lelaki.Segan juga kalau saya seorang saja perempuan dan kena ajar kaum lelaki.
Kelas bermula pada jam 10 pagi, di mana saya menerangkan kemahiran menggunting rambut adalah salah satu cara paling senang untuk menjana pendapaan. Mana tak nya cuma perlukan sikat dan gunting. Bagi lelaki benda ni senang je masuk poket dan bawa bersama-sama bila kita berjalan. Agak2 rambut anak saudara , kawan2 dan ipar duai panjang , cadangkan rambut mereka untuk digunting dah dapat RM5/-. Sewa kedai pun tak payah.
Yang amat mengejutkan. Ramai juga peserta lelaki yang berminat dengan bengkel kami. Sehinggakan makanan pun tak cukup.
Disini saya paparkan gambar saya dan rakan saya iaitu Abg Din pada hari bengkel dandanan rambut dijalankan.
Budak2 sekolah pun turut hadir. Mana tak nya. nak asah skill lagi .
Ini adalah Tenaga penggajar jemputan iaitu Abg Din dari Jalan Kebun Shah Alam. Kedai dia ni depan Sekolah Jalan Kebun
Abg Din menunjukkan Demo bagaimana cara memotong rambut untuk budak sekolah
Ini Budak sekolah lagi. bukan main seronok bila kita suruh dia menggunting
Ini adalah peserta kami pada 16 May 2009 di MPAJ
Kepada sesiapa yang berminat untuk join kelas saya. YOU ARE WELCOME.
Saya lebih berminat untuk membuat kelas yang informal dan santai. Kelas lebih meriah dan mudah mesra gitu.
Friday, February 6, 2009
Tips Penggunaan Berus Untuk Bedak Asas
Selamat Mencuba
Bertemu kembali.
















