Monday, July 20, 2009

Bengkel Tatarias Terkini di PUSMA KL

Pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih saya kepada pihak PUSMA Kl, Pn. Wan Munirah dan Pn. Azizah kerana sudi memberikan kami peluang untuk menggadakan bengkel kami. pada hari tersebut saya agak sampoi kerana aircond terlalu sejuk, so kena lah pakai baju yang besar dan labuh sikit.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Cikgu Siti Zaleha dan Faridah ( Inkubator program)dari GiatMARA Ayer Hitam, Johor kerana telah mengambil initiatif untuk membawa pelajar 2nya ke bengkel saya.
Ini adalah serba sedikit gambar kenangan manis saya bersama peserta saya. sehingga kini kami masih lagi berhubung, terutamnnya ngan Cikgu CT , kerana dia telah memilih saya sebagai supplier kosmetik untuk pelajarnya .

Saya mulakan program dengan ucapan dan serba sedikit program ini dijalankan. Peluang pendapatan sampingan dan program mobil salon yang saya rancangkan.





Yang ni Cikgu Juli punya turn , dia menerangkan peranan sebagai juru make up.






Yang ni , aktiviti selepas waktu minum petang di mana kita gayakan pakaian penggantin dari Jawa. Baju ni saya dan Cikgu beli semasa kami berdua ke Indon.




Amacam, Ok tak? kalau berkenan boleh lah calling2 untuk sewa.





Ada gaya penggantin tak?? dah lepas you.... inai masih lagi dijari





Yang ni lak, Ibu & anak. Umo ibu 47 dan anak baru je 23.





Yang ni best. Geng WMC Bila masing2 tahu kami adalah ahli WMC lagilah bertambah meriah. tambah lagi kami adalah pengguna produt Giffarine.








Yang ni wani Pooh. Pelajar lepasan GiatMara. Make up dah ok. Lulus lah







Yang ni pun pelajar Giat Mara juga. Sesiapa yang nak ambil dia sebagai pekerja boleh lah.








Yang ni bercita-cita nak buka salon. ada potensi & gaya pun ada.






Ni gambar sebelum, zalina di make upkan oleh wani. Pada sesi kali ini, seya telah meminta pelajar GM untuk menyolekkan peserta dahulu. adengan usik mengusik pun terjadilah dimana saya asyik kenakan cikgu Ct. cikgu pun sporting. Kan cikgu...kan..kan









Yang ni Cikgu Ct & Cikgu Nora. Ahli giffarine juga. ramai nye ahli Giffarine.







Ini adalah gambar kenangan kami semoga kita berjumpa lagi. salah dan tersasul bahasa harap diampunkan. Mana yang kurang harap faham.









Terima Kasih juga kepada wartawan Sinar Harian kerana sentiasa bersama saya walau di mana jua saya berada. Terima Kasih.