Friday, July 17, 2009

Bengkel Bersama Ibu Tunggal


Selepas bengkel di Anggerik Mall, Kami juga di jemput Oleh Persatuan Ibu Tungal negeri Selangor untuk menggadakan Bengkel sehari bersama ibu tunggal.




Bengkel diadakan di dewan Nur sek 16 Shah Alam. Disebabkan bengkel ini bukan kami yang organize so, keadaan kelam kabut sedikit. Kami tiba tepat jam 8, dewan masih berkunci , saya dan cikgu Juli pergi makan dulu. Selepas itu kami sampai di dewan semula , Peserta dah ada dan pintu dewan pun dah dibuka oleh petugas. Peserta terpaksa membawa meja dari dewan sebelah ke dewan yang ingin kami adakan bengkel. Kelas bermula jam 10 pagi, dimana peserta tidak datang dengan waktu yang telah ditetapkan.




Muka president pun tak nampak lagi. Kami teruskan pada jam 9.30 tanpa president untuk membuka kata2 aluan.Separuh ucapan , president Kak Wati pun tiba. Setelah memberikan ucapan dan menyatakan tiada makan minum disediakan kepada peserta kami sambung semula bengkel solekan tadi.




Tekak amatlah kering kerana tiada air disediakan oleh pihak tuan rumah, inilah penggalaman pertama saya selama saya menggadakan bengkel. Yang amat menyedihkan kami dipaksa untuk menggajar dia seorang untuk make up stage. Saya naik angin lah jugak apa tak nya di bayar RM20/- dan disuruh ajar make up stage. Pastu diugut lak tu , kalu tak nak ajar kelas akan dibatalkan. Cikgu Juli amat terkejut kerana bayaran hanyalah Rm20/- untuk seorang.




Bagi peserta , mereka masuk percuma kerana kos dibayar oleh persatuan. dan bagi saya ianya memang tak berbaloi tetapi atas dasar tolong. tak kisah juga, tapi yang geram nya di paksa suruh ajar make up stage dan main kutuk belakang.Anjuran persatuan Ibu Tunggal, yang hadi ada yang anak tunggal dan ada yang bersuami, katanya mak sedara suruh wakilkan.



Tak pa, saya dan rakan sabar je lah janji peserta lain gembira dengan kami. Kawan president yang buka saloon juga menghadiri bengkel kami, bukan nak belajar pun cuma niat nakkan sijil MARA.




Saya bagi tahu secara umum bahawa, bukan senang nak dapat loan dari MARA jika hanya menghadiri satu bengkel. Banyak lagi proses yang perlu di lalui untuk mendapat pinjaman. Tambah lagi MARA tak cukup wang dan pemimjam tak bayar balik pinjaman.



Disini saya ingin kongsikan sedikit gambar kenangan kami bersama peserta.

















Saya dan Cikgu Juli sepakat tidak akan lagi mengambil any job dari persatuan.