Sunday, January 24, 2010

Kelas Rawatan Wajah di Sek 7



Salam sejahtera.

Syukur alhamdulilah kerana saya telah dapat menyelesaikan kelas rawatan wajah di Sek 7 Shah Alam. Seperti biasa, saya telahpun menggunakan produk giffarine. pelajar-pelajar saya ni memang berminat untuk menceburi bidang perniagaan , tetapi kekurangan dari segi modal. Apa yang boleh saya cadangkan adalah menggunkan satu pdk yang murah dan berlualiti iaitu pdk Giffarine.
















Thursday, January 21, 2010

Kursus Intensif tahun 2010

Salam sejahtera.

Disini ingin saya war2kan aktiviti terbaru saya pada tahun 2010. Disebabkan terlalu sibuk dengan segala aktivi latihan di pusat bertauliah. sehinggakan saya terleka seketika untuk mencatat aktiviti seharian saya di sini.

Walau pun begitu, di sini saya ingin hebahkan kepada yang berminat tentang kursus dan yuran kursus kecantikan tahun 2010.



SSA Smart Enterprise dengan kerjasama pusat bertauliah di dalam bidang kecantikan akan memulakan sesi latihan secara ONE TO ONE bermula tahun 2010. Dengan ini kami menjemput kepada mereka yang berminat di dalam bidang kecantikan dan untuk menjana pendapatan untuk menyertai kami.

Kelebihan kami adalah cara pembelajaran adalah mengikut tahap SKM 1 & 2. Dilatih oleh tenaga penggajar yang mempunyai sijil (VTO) Vokasional Training Officer dari Kementerian Sumber Manusia. Pembelajaran adalah secara hands On.


Setiap kelas terhad kepada 10 orang peserta sahaja dan akan diadakan setiap minggu bermula JAN 2010.Tarikh yang dicadangkan boleh ditukar menggikut kehendak peserta. Kelas diadakaN pada setiap Sabtu dan Ahad sahaja.


SIAPAKAH YANG PATUT HADIR?
1) Surirumah yang memerlukan wang saku tambahan
2) Wanita yang ingin mengubah penampilan diri
3) Menambah Ilmu pengetahuan di dalam dunia kecantikan dan kesihatan
4) Menjadi seorang usahanita yang berjaya.

Lokasi latihan

1) My Touch Beauty Spa (6 Feb 2010 untuk make up sahaja)

Pandan Indah
2) KEMM’S BEAUTY HOUSE( 23 Jan10 PENDAFTARAN MASIH LAGI DIBUKA)

SEK 7, SHAH ALAM
3) UZMA RESOURCES

SEK 26, SHAH ALAM
4) SHEILA RAMLEE BEAUTY SHOP

BANTING


JENIS KURSUS JANGKA PENDEK YANG DITAWARKAN
1) Solekan wajah(mengikut tahap kemahiran)
· Teknik shading, Smokeys Eyes,
· Penggunaan Foundation , bedak dan jenis mengikut jenis kulit wajah
· Teknik solekan mata mengikut bentuk mata.
· Teknik campuran warna( Blending color)
· Penggunaan dan perbezaan produk Murah dan Mahal
· Lain-lain teknik menggikut tahap pengetahuan pelajar.

2) Rawatan Wajah(Normal & Resdung)
· Menggenal Pasti jenis kulit dan masalah kulit.
· Teknik analisa kulit wajah
· Rahsia penjagaan kulit wajah.
· Rahsia awet muda
· Teknik rawatan resdung
· Mencari urat Resdung

3) Urutan badan Tradisional Melayu menggunakan teknik REIKI(asas)
· Kaedah pantang larang urutan
· Panduan memicit/urutan tapak kaki, sakit otot,kepala & leher
· Panduan urutan melegakan Kesakitan Kaki / Tangan dan Pergelanggan Tangan
· Urutan Melancarkan Peredaran Darah / Merehatkan Badan

4) Rawatan rambut & Teknik penggayaan rambut menggunakan PENGIKAL ELEKTRIK
· Teknik penggayaan rambut Curling Tong,Mengeset Rambut
· Rawatan rambut normal(Steam)
· Teknik mengeringkan rambut(hair dryer)
· Teknik urutan kulit kepala

HASIL DARI PEMBELAJARAN
Kursus adalah dijalankan selama 2 hari (5x2) secara HANDS ON.Nota ringkas dan bergambar disertakan. Rujukan boleh dibuat selepas habis sesi latihan.Sijil akan disediakan oleh penyedia latihan. Latihan susulan boleh dibuat bagi mereka yang ingin menjana pendapatan tetap..Peluang –peluang perniagaan juga akan diberikan kepada bakal usahawan yang berminat untuk menjana pendapatan seperti membuka booth perniagaan di tapak ekspo dan jabatan kerajaan.Bimbingan kerjaya juga diberikan..


HARGA KURSUS(2 HARI)
1) Solekan wajah(mengikut tahap kemahiran)=====>RM150/-
2) Rawatan Wajah(Normal & Resdung) )=====>RM150/-
3) Urutan badan Tradisional Melayu menggunakan teknik REIKI(asas) =====>RM200/-
4) Rawatan rambut & Teknik penggayaan rambut menggunakan PENGIKAL ELEKTRIK =====>RM200/-


  • Harga kursus termasuk minum petang
  • Door Gift diberikan menggikut jenis kursus
  • FREE CONSULTATION AFTER COURSE
  • SIJIL ADALAH DARI PUSAT BERTAULIAH YANG TELAH
  • DILANTIK OLEH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA.(MLVK)

Segala pertanyaan dan pendaftaran kursus boleh melalui :-
  • H/p : 0193877200

Nota penting: Peserta digalakkan untuk membawa peralatan sendiri. Walaupun peralatan disediakan.
PERSONAL COACHING UNTUK BINA WEB & BLOG JUGA DISEDIAKAN





Friday, December 18, 2009

Kelas Make up di My Touch Beauty SPA





gambar di atas adalah 2 orang adik beradik yang berminat untuk join personal class kami pada hari ini




Sunday, December 13, 2009

Kelas Kecantikan di Kuatan, Pahang


Salam Sejatera kepada semua...

Agak lama juga saya tidak menulis disini, saya terlalu sibuk dengan hal-hal peribadi dan juga perniagaan. Disamping itu juga , saya terlibat dengan program VTO yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran. Apa yang best nyer ngan program ni? Messti semua nak tahukan? Yang bestnya percuma kepada graduan , VSS dan juga siswazah yang tiada pekerjaan. Di dalam program ni kami sebagai Consultant akan melatih peserta di dalam bidang kemahiran untuk memenuhi keperluan dan standard yang diperlukan oleh majikan . Di akhir sesi latihan kami juga akan mencarikan majikan kepada pelatih-pelatih kami.

Kalau nak tahu cerita kena menghubungi saya secara personal.

Opppss. terlupa lak. Di sini saya ingin kenalkan salah seorang dari partner baru saya di Kuantan. kami adalah Trainer untuk program Coaching anjuran JPK.


Gambar ini diambil semasa kami mengadakan sesi Demo.

FYI, Kak Nor dari Faza Andaman adalah seorang yang aktif di dalam bidang andaman dan juga bergiat cergas di dalam persatuan perniagaan wanita.

Kami akan menggadakan kelas tatarias pada Feb2010. Jika ada yang berminat nak join sila emailkan segala pertanyaan di quensheila@ymail.com

Sijil adalah dari Pusat bertauliah.



Yang sedang solekan saya itu adalah Owner Faza Andaman.






Monday, July 20, 2009

Bengkel Tatarias Terkini di PUSMA KL

Pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih saya kepada pihak PUSMA Kl, Pn. Wan Munirah dan Pn. Azizah kerana sudi memberikan kami peluang untuk menggadakan bengkel kami. pada hari tersebut saya agak sampoi kerana aircond terlalu sejuk, so kena lah pakai baju yang besar dan labuh sikit.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Cikgu Siti Zaleha dan Faridah ( Inkubator program)dari GiatMARA Ayer Hitam, Johor kerana telah mengambil initiatif untuk membawa pelajar 2nya ke bengkel saya.
Ini adalah serba sedikit gambar kenangan manis saya bersama peserta saya. sehingga kini kami masih lagi berhubung, terutamnnya ngan Cikgu CT , kerana dia telah memilih saya sebagai supplier kosmetik untuk pelajarnya .

Saya mulakan program dengan ucapan dan serba sedikit program ini dijalankan. Peluang pendapatan sampingan dan program mobil salon yang saya rancangkan.





Yang ni Cikgu Juli punya turn , dia menerangkan peranan sebagai juru make up.






Yang ni , aktiviti selepas waktu minum petang di mana kita gayakan pakaian penggantin dari Jawa. Baju ni saya dan Cikgu beli semasa kami berdua ke Indon.




Amacam, Ok tak? kalau berkenan boleh lah calling2 untuk sewa.





Ada gaya penggantin tak?? dah lepas you.... inai masih lagi dijari





Yang ni lak, Ibu & anak. Umo ibu 47 dan anak baru je 23.





Yang ni best. Geng WMC Bila masing2 tahu kami adalah ahli WMC lagilah bertambah meriah. tambah lagi kami adalah pengguna produt Giffarine.








Yang ni wani Pooh. Pelajar lepasan GiatMara. Make up dah ok. Lulus lah







Yang ni pun pelajar Giat Mara juga. Sesiapa yang nak ambil dia sebagai pekerja boleh lah.








Yang ni bercita-cita nak buka salon. ada potensi & gaya pun ada.






Ni gambar sebelum, zalina di make upkan oleh wani. Pada sesi kali ini, seya telah meminta pelajar GM untuk menyolekkan peserta dahulu. adengan usik mengusik pun terjadilah dimana saya asyik kenakan cikgu Ct. cikgu pun sporting. Kan cikgu...kan..kan









Yang ni Cikgu Ct & Cikgu Nora. Ahli giffarine juga. ramai nye ahli Giffarine.







Ini adalah gambar kenangan kami semoga kita berjumpa lagi. salah dan tersasul bahasa harap diampunkan. Mana yang kurang harap faham.









Terima Kasih juga kepada wartawan Sinar Harian kerana sentiasa bersama saya walau di mana jua saya berada. Terima Kasih.






















Friday, July 17, 2009

Bengkel Bersama Ibu Tunggal


Selepas bengkel di Anggerik Mall, Kami juga di jemput Oleh Persatuan Ibu Tungal negeri Selangor untuk menggadakan Bengkel sehari bersama ibu tunggal.




Bengkel diadakan di dewan Nur sek 16 Shah Alam. Disebabkan bengkel ini bukan kami yang organize so, keadaan kelam kabut sedikit. Kami tiba tepat jam 8, dewan masih berkunci , saya dan cikgu Juli pergi makan dulu. Selepas itu kami sampai di dewan semula , Peserta dah ada dan pintu dewan pun dah dibuka oleh petugas. Peserta terpaksa membawa meja dari dewan sebelah ke dewan yang ingin kami adakan bengkel. Kelas bermula jam 10 pagi, dimana peserta tidak datang dengan waktu yang telah ditetapkan.




Muka president pun tak nampak lagi. Kami teruskan pada jam 9.30 tanpa president untuk membuka kata2 aluan.Separuh ucapan , president Kak Wati pun tiba. Setelah memberikan ucapan dan menyatakan tiada makan minum disediakan kepada peserta kami sambung semula bengkel solekan tadi.




Tekak amatlah kering kerana tiada air disediakan oleh pihak tuan rumah, inilah penggalaman pertama saya selama saya menggadakan bengkel. Yang amat menyedihkan kami dipaksa untuk menggajar dia seorang untuk make up stage. Saya naik angin lah jugak apa tak nya di bayar RM20/- dan disuruh ajar make up stage. Pastu diugut lak tu , kalu tak nak ajar kelas akan dibatalkan. Cikgu Juli amat terkejut kerana bayaran hanyalah Rm20/- untuk seorang.




Bagi peserta , mereka masuk percuma kerana kos dibayar oleh persatuan. dan bagi saya ianya memang tak berbaloi tetapi atas dasar tolong. tak kisah juga, tapi yang geram nya di paksa suruh ajar make up stage dan main kutuk belakang.Anjuran persatuan Ibu Tunggal, yang hadi ada yang anak tunggal dan ada yang bersuami, katanya mak sedara suruh wakilkan.



Tak pa, saya dan rakan sabar je lah janji peserta lain gembira dengan kami. Kawan president yang buka saloon juga menghadiri bengkel kami, bukan nak belajar pun cuma niat nakkan sijil MARA.




Saya bagi tahu secara umum bahawa, bukan senang nak dapat loan dari MARA jika hanya menghadiri satu bengkel. Banyak lagi proses yang perlu di lalui untuk mendapat pinjaman. Tambah lagi MARA tak cukup wang dan pemimjam tak bayar balik pinjaman.



Disini saya ingin kongsikan sedikit gambar kenangan kami bersama peserta.

















Saya dan Cikgu Juli sepakat tidak akan lagi mengambil any job dari persatuan.















Thursday, July 16, 2009

Bengkel Make up Make Over Di Anggerik Mall

Salam Sejahtera ,



Begitu lama saya tidak menulis di ruangan ini. Penyakit malas dah timbul semula. hjehehhe ....Sibuk ya amat sibuk.


Disini saya ingin catatkan kenangan manis saya bersama peserta bengkel saya anjuran bersama MARA Selangor. Para peserta pun sporting juga.








Berbagai ragam para peserta, suruh cikgu buka tudung, sebab nak tahu cam na cikgu lilit tudung, pecah rahsia cikgu rambut merah . kah kah....




Ada kakak tu sibuk sangat ngan minyak aura, kakak sarasiah dari Jb, Tanpa kak Sarasiah, tak meriah. Ni pic dia lepas bersolek




Disini juga saya inginrakamkan ucapan terima kasih saya kepada Pn. Rosliza dari Giffarine Malaysia kerana sudi memberikan taklimat percuma tentang produt Giffarine. Pada setiap bengkel saya, saya akan menggunakan produt Giffarine, dan mereka yang menyertai bengkel solekan saya dan menjadi ahli Giffarine, yuran hanyalah Rm20/- sahaja. Kalau harga biasa adalah RM35/-. Ahli akan mendapat less 25% untuk setiap pembelian barangan.





Bengkel ini juga mendapat liputan dari akhbar sinar harian..... Terima Kasih Tn Hj. Ahmad Yatim dari PUSMA Selangor Kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk kendalikan program.