Tuesday, December 23, 2008

Kemana Cuti ni????

Selamat Malam,

Nak kemana cuti khamis ni , Isnin ni pun cuti juga. Aiii sempat ke booking hotel ker chalet ker? ne semapt lagi , semalam jenuh kita cal hotel sana sini nak booking tak de pun. last 2 kami decide jugalah pergi ke Kenyir , Terengganu . Ok lah juga harga minyak dah turun boleh lah kut. Member hari tu offer pergi sana coz wife dia dapat saya bungalow company. murah lah kan. Suka memancing , eiii dah pernah pergi dah ke sana dulu , 10 tahun lepas . bosan lah . tapi tak tahulah la ni dah berubah kut. Harap2 gitu lah . Kami akan pergi 3 famili ke sana. Kami bercadang nak bertolak khamis pagi jam 2 . waktu sunyi dah banyak kereta dah berlepas . senang lah budak2 pun tido dalam kereta.

Ramai orang yang menghantar email kepada saya dan berminat dengan kursus yang saya jalankan. Ada yang dari Perlis dan Kedah. Itulah saya nak amklumkan disini kepada mereka yang berhajatkan Kami untuk kesana. boleh apa salahnya tapi kena sediakan sekurang2 nya 20 orang dan sediakan tempat tidor sekali . Bolehlah kami ke sana. Teringin juga nak ke tempat lain tapi tak kesampaian kerana tiada kepentinga. Jika ada sesiapa yang sudi aturkan kursus di tempat masing 2 kami bersedia untuk ketempat anda.

Saturday, December 20, 2008

Apa yang kita cari dalam hidup ini

Wah bosannyer hari ni, Siaran Nona pulak tu siarkan majlis perkahwinan personaliti TV3( ulangan). Hari ni tak masak . makan nasi setiap pun bosan . Aper yang tak bosan dalam hidup ni. Kalau kita makan benda yang sama dan buat benda yang sama berulang- ulang mesti lah rasa bosan. Apa kata kita cuba benda yang baru. Apa dia? Masih lagi tercari2 apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan rasa bosan. Dalam perniagaan pun kita mesti plan untuk membuat pembaharuan . Strategy dan produt apa yang boleh boom kan sale . Ramai dari penggusaha salon kecantikan merunggut sale mereka kurang. Jualan produt pun dah kurang. Macam mana yer. Buying power dah kurang. Pening gak kepala ni. Salah satu cara yang saya buat adalah saya berjual bag di dalam intenet. Mula tu saja jer . tapi alhamdulilah sambutan amat menggalakkan. Kat internet ni ramai orang berjual handbag . tapi mereka berjual bag yang branded. Macam saya lak , saya target kan produt saya pada remaja dan golongan muda dan masih student lagi.Dan harga yang saya jual adalah kurang dari RM60.00 termasuk kos penghantaran.

Di dalam perniagaan, kita harus tahu target market kita. apabila kita menggenal pasti sasaran market kita, baru lah kita boleh buat strategi. Setiap peniaga mesti ada perancangan dan strategi. Kalau tak da kita tak da haluan. jadi usaha kita adalah sia-sia. Sama juga seperti saya. Saya telah mempunyai penggalama selama 10 tahun didalam bidang jualan. Dan dah tiba masanya saya mencurahkan idea dan ilmu saya kepada mereka yang memerlukan. Bukan nye senang nak berjaya di dalam bidang perniagaan. Kita haruslah menggikuti perkembangan semasa. Ramai dikalangan wanita sekarang ni lebih cenderung pergi kepada net business.

Seperti saya , saya berniaga secara ONLINE dan OFFLINE. so boleh lah juga cover sikit-sikit.

Friday, December 19, 2008

Kelas Refleksiologi

Dah lama nak menulis tentang kelas yang saya hadiri ni, tapi masa tak mengizinkan. Kami belajar urut refleksiologi ni di Perkim di Jalan Ipoh.... ye kut sebab dah lama. tapi yang pasti kat bangunan Perkim. Ini adalah anjuran MARA juga. ehhh Sheila ni loyal sungguh ngan MARA. semua MARA. Mesti lah anak didik dari MARA mesti lah kita kena support kan. Best buat refleksiologi ni. mula tu sakit sangat. sebab baru pertama kali... entah 2 ada penyakit tak.

Kalau nak tahu .Kat tapak kaki kita adalah tempat di mana kita nak kesan penyakit kita. Bahagian tengah tapak kaki tu adalah bahagian jantung. So kalau saper yang masa diurut tu sakit kat situ berhati2 lah.

Satu tips yang nak saya bagu tahu kat sini. Kalau nak buat urutan refleksiologi ni , Biarlah guna tangan. Ini kerana jika kita menggunakan kayu yang selalu mereka guna tu takut nanti saraf kita rosak. Lagi satu pekerja tersebut kenalah guna sarung tangan.

Masa belajar urutan ni kami menggunakan sarung tangan plastik. Sarung tangan tersebut bertukar kepada warna kuning. Meurut uztaz Ahmad. jika warna kuning tu kuat makna nyer kita ada banyak toksik.

Banyak faedah nya kita buat urutan ni. Mula2 memang lah sakit tapi kalau dah biasa dah tak sakit . Rindu adalah.

Ini adalah gambar kenangan semasa kami membuat latihan praktikal . Macam aksi dari para peserta.

Photobucket">




Photobucket">

Monday, December 15, 2008

BENGKEL HANDS ON

Bengkel Hands On 100% ini adalah idea dari saya untuk mencurahkan ilmu dan teknik make up dengan betul. Bukan sekadar demo di depan peserta bengkel, tetapi ianya adalah satu bentuk latihan secara praktikal kepada peserta . tenaga penggajar kami adalah dari mereka yang mempunyai penggalaman sebagai FREE Lance make up artis dan juga andaman. Kami telah menyediakan satu latihan yang istimewa dimana peserta dikehendaki menyolek keatas diri sendiri dan juga muka pasangan mereka.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai bengkel kami sila layari blog saya dari masa ke semasa kerana kami akan sentiasa up datekan INFO terkini.