Friday, December 19, 2008

Kelas Refleksiologi

Dah lama nak menulis tentang kelas yang saya hadiri ni, tapi masa tak mengizinkan. Kami belajar urut refleksiologi ni di Perkim di Jalan Ipoh.... ye kut sebab dah lama. tapi yang pasti kat bangunan Perkim. Ini adalah anjuran MARA juga. ehhh Sheila ni loyal sungguh ngan MARA. semua MARA. Mesti lah anak didik dari MARA mesti lah kita kena support kan. Best buat refleksiologi ni. mula tu sakit sangat. sebab baru pertama kali... entah 2 ada penyakit tak.

Kalau nak tahu .Kat tapak kaki kita adalah tempat di mana kita nak kesan penyakit kita. Bahagian tengah tapak kaki tu adalah bahagian jantung. So kalau saper yang masa diurut tu sakit kat situ berhati2 lah.

Satu tips yang nak saya bagu tahu kat sini. Kalau nak buat urutan refleksiologi ni , Biarlah guna tangan. Ini kerana jika kita menggunakan kayu yang selalu mereka guna tu takut nanti saraf kita rosak. Lagi satu pekerja tersebut kenalah guna sarung tangan.

Masa belajar urutan ni kami menggunakan sarung tangan plastik. Sarung tangan tersebut bertukar kepada warna kuning. Meurut uztaz Ahmad. jika warna kuning tu kuat makna nyer kita ada banyak toksik.

Banyak faedah nya kita buat urutan ni. Mula2 memang lah sakit tapi kalau dah biasa dah tak sakit . Rindu adalah.

Ini adalah gambar kenangan semasa kami membuat latihan praktikal . Macam aksi dari para peserta.

Photobucket">




Photobucket">

0 comments: