Friday, February 6, 2009

Tips Penggunaan Berus Untuk Bedak Asas


Bertemu kembali.

Nampaknya kelas bimbingan saya mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta luar KL. Emm rata2 datang dari negeri Johor, Melaka, Perak dan juga Kedah. Mereka begitu teruja dengan kelas yang kami anjurkan.
Ada beberapa perkara yang peserta kurang arif tentang penggunaan berus untuk bedak asas. Tak pa. kat sini saya berikan tips PERCUMA

  • Cari berus yang diperbuat sintetik agar tidak terlalu menyerap bedak dan dibuang dengan sia-sia.
  • Pilih bentuk bulu yang nipis di bahagian hujungnya agar bedak asas lebih mudah diaplikasikan di wajah.
  • Untuk menjaga kebersihan berus. Cuci dengan sabun dan air suam sekurang-kurangya seminggu sekali.
  • Opps. Untuk menggunakan alas bedak. perhatikan arah dan gerakan berus. Gunakan gerakan sehala sahaja untuk hasilkan sapuan yang serata dan lebih halus

Selamat Mencuba

Daftar segera sebelum terlambat. Hadiah misteri menanti anda.