Saturday, January 31, 2009

Teknik Asas Solekan Malas yang mudah


Photobucket


Selamat bertemu kembali


Ramai yang bertanya kepada saya dan menyatakan bahawa mereka ni megambil masa yang lama untuk bersiap ke pejabat untuk bersolek. Sebab itu malas nak bersiap. Jangan begitu ye sayang ku. Kita kena guna produt 2 In 1. Contoh seperti bedak. guna jenis two way cake. Ianya sekali ngan foundation. Kena ingat kita mesti memulakan sapuan pertama kita bermula dari dahi. hidung , pipi dan dagu. Juga jangan lupa leher kita tu.... Penting yer.
Ok... Ikut tips kat bawah ni .... Kalau nak mudah dan Malas
  1. Bedak asas disapukan serata wajah. Kalau guna cecair , seeloknyer guna tangan .Lebih rata. Pastu baru guna bedak compact.
  2. Untuk sapuan mata , kita gunakan warna asas dulu seperti kuning atau emas. Sapu kedua belah kelopak mata.Mulakan sapuan warna yang kita nak di kelopak mata. Saya lebih suka warna cokelat dan warna emas untuk pergi ke pejabat. Malas nak fikir2 warna. warna tu je selalu guna untuk ke pejabat.
  3. Kita nak sapukan pembayang mata , seeloknyer gunakan berus yang lembut supaya senang nak blend warna. Kalu tak nanti warna bertompok.
  4. Pastu guna liquid eyeliner dan oleskan dari penjuru terus kebahagian dalam.Tebalkan sedikit di bahagian ujung. supaya mata kita galak. Bos tengok mata kita pun tak jadi nak marah. Hehehe gurau jer
  5. Pastu ketip kan bulu mata. dan sapukan maskara.
  6. Ratakan kening menggunakan berus kening . Kalau nak tebal gunakan eye shadow berwarna cokelat. Sikat kan kening supaya warna sekata.
  7. Last sekali gunak lip gloss yang berwarna atau yang biasa. tak yah guna lipstik.Janji mata kita menunjukan keserian dan kecerian penampilan pada hari tersebut.

Senang dan mudah kan , tips make up saya. Saya rekomenkan guna barangan elianto. senang dan tak comot seperti brand make up lain.Make up artis pun guna Elianto untuk make up . Baranga elainto harga nye berpatutan.Yang penting tahan lama dan kalis air.

Semoga bersua kembali .


Saturday, January 24, 2009

SEGALA TIPS ADA DISINI

Salam,

Lama juga saya menyepikan diri.Saya masih lagi menulis, tetapi dibahagian petua dan tips kecantikan. Sila lah lawat di blog saya ni. Ada berbagai tips kecantikan dan kesihatan yang berguna yang bakal saya kongsi bersama penggikut setia saya.




Petua Orang Melayu

↑ Grab this Headline Animator





Thursday, January 8, 2009

Jangan tertipu. Hati2

Topik apa ni???

Ha kalau nak tahu ramai sekarang ni orang mula untuk membuat bengkel. Bermacam2 bengkel yang mereka oraganize. Betul ker bayar jumlah ni dapat ilmu sebegini.
Saya selalu menghadiri seminar, kursus ngan MARA( banyak) Bengkel. Rata2 cikgunya bercakap kat depan dan buat demo, tetapi cikgu dia tak tunjuk cara ajar secara ONE to ONE kepada peserta. Lepas tu ada pesanan dari pihak penaja pulak tu . Buang masa sungguh.
Memanglah sijil diberikan, tapi kita nakkan personal coach dari cikgu kita kan. tapi mereka ajar cam lah kita dah tahu semua.
Lagi satu nak bagi tahu, you all bayar mahal untuk kursus make up ni actually kerana you all bayarkan nama diorang. Buat apa nak kasi mereka terkenal lagi. Mereka dah cukup terkenal dengan solekan mereka. Dan ingat mereka nak ajarkan segala ilmu tak teknik mereka 100%. You all bayar kerna glamour nama dia. Buat apa nak angkat nama orang dah terkenal tu lagi.
Kat sini saya berikan contoh ayat pelaris mereka.


Tarikh :: 31 JAN 2009 & 1 FEB 2009 (SABTU & AHAD)
Lokasi :: Kuala Lumpur
Masa :: 9 pg - 5 ptg (SABTU) & 8 pg - 5 ptg (AHAD)
** TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 20 JAN 2009 ** Jumlah Peserta :: 10 orang SAHAJA (Trainer 2+1 host)
A) Yuran :: RM 750 (termasuk makan minum utk model yg anda bawa)
B) Yuran :: RM 600 (tidak termasuk makan minum utk model yg anda bawa)
C) Yuran :: RM 450 (utk sesi Mekap SAHAJA (SABTU) atau Rambut SAHAJA (AHAD)
( Kami hanya RM500/- untuk 2 hari , bawa badan sahaja)
Isi Kandungan Program: Major:
1. Teknik Solekan Pengantin
2. Teknik Dandanan Rambut (Panjang, Pendek, Curi Masa)
3. FREE : Teknik Pemakaian Tudung
4. Tips dan Panduan Usahawan
Sub Topik:
1. Jenis2 dan kegunaan Berus
2. Pemilihan Warna
3. Kepelbagaian Teknik Solekan Bersesuaian Wajah
Tentatif Program :
SABTU: - Teknik Solekan Pengantin - Teknik Pemakaian Tudung dan Penyediaan Pengantin - Teknik Solekan Artis - Tips dan Tricks utk terlibat dalam bidang ini - Kesilapan dalam solekan wajah cengkung/kurus - Kesilapan dalam solekan wajah bermasalah - Apakah rahsia Chinese, Ivory dan D32 ? (mekap artis byk pakai dan tak semua sudi share info nih)
AHAD: -
Teknik Asas Dandanan Rambut - Teknik Pemakaian Aksesori - Teknik Dandanan Rambut cara pantas - Teknik Penggunaan Aksesori - Tips dan Tricks Lain::
1. Alat Mekap KRYOLAN & Berus DIPINJAMKAN
2. Span DIBERI
3. Sijil & Nota DIBERI
4. Tea break 2 kali dan Lunch DISEDIAKAN utk peserta dan Model (kecuali B)
5. Model PERLU BAWA (kalau takde, bagitau.. kami boleh sediakan)
6. Kamera DIGALAKKAN BAWA
7. Pencuci Muka & Facial Cotton DIGALAKKAN BAWA (Kami cuma sediakan Baby Oil & Tisu)
8. Selendang Panjang dan Tudung Bawal beserta anak tudung DIGALAKKAN BAWA
9. Sikat Nipis & Sikat Besar PERLU BAWA (TIDAK DISEDIAKAN)
10. Hair Spray DISEDIAKAN
  1. Sempat ker belajar make up pengantin untuk 2 hingga 4 jam ? Kita nakkan makeup penggatin pun dalam 2 jam.
  2. Bejalar buat rambut tu memanglah cepat kerana guna rambut palsu. dan iron. Nak memahirkan diri menggunakkan benda tu bukan nya cepat. Ynag datang bukan nyer orang yang dah pandai pun.
  3. Pemakaian tudung ? tips ? dan ker nak belajar
  4. lagi panduan usahawan, bila masa nak bagi penerangan
  5. Dah lah bawa model sendiri , patutnyer kenalah 100% hands on , ini kena dengar lagi ceramah pemasaran. Bila praktikalnye
Banyak nyer program pada hari sabtu tu..... berapa jam je nak belajar sendiri nak nak minta tunjuk ajar?
Nak ikutkan banyak lagi yang saya nak komen. Tapi tak baguslah. Ini pun bukan saya nak kata tak bagus . Tapi saya sendiri dah merasakan seperti tertipu dengan gimik sebegini.Kalau bayar murah tak pa ni bayar mahal.

Saturday, January 3, 2009

Profile Tenaga Penggajar Untuk Bengkel Kami

Selamat Pagi semua

Malam tadi mesti ramai diantara kita yang keluar pergi tengok bunga api kan. Saya dan family tengok bunga api dari rumah jer. Sekarang ni baru ada masa nak ceritakan serba sedikit tentang latar belakang bakal tenaga penggajar kami di sini.

Kami panggil dia ni Juli, nama sebenar adalah Norhayati Kamis, SPA dia ni kat Pandan Mewah, Ampang. Kalau you all terlalu kat situ,ada nampak signage MY Touch Beauty SPA dialah owner SPA tu. Dia ni dah lama di dalam bidang kecantikan, bermula dari rumah , dia ni selalu make up penggantin. Make up dia ni ala -ala ARAB gitu , Itu ada lah trade mark dia. Biasalah Husband pak Arab. Kami selalu bersama bila ada job. Kalau attend seminar atau kursus pun selalu bersama.

Tentu you all tertanya. dah pandai pun masih lagi attend bengkel dan seminar. Mesti kena pergi coz kita nak tahu trend masa kini dan teknik terbaru. tak bolehlah kita ingat kita hebat. Ada lagi orang yang hebat. Pengetahuan terkini tu penting cik oiii.
JULI

Photobucket
Tenaga penggajar yang seorang ni pula adalah seorang pakar di dalam stage show make up. Banyak dapat job di stensyen TV , terutamanya di ASTRO. Emmm best kan kalau dalam curi sedikit ilmu dia. Abg Mie ni bagus , dia curahkan ilmu dia ni kepada sesiapa yang bertanya. Jika attend kelas dia ni dia akan tunjuk kepada peserta dimana kelemahan kita , dan dimana yang kita perlu perbaiki untuk memantapkan lagi teknik solekkan kita. Kalau tak percaya cuba tengok pic kat bawah ni.
Abg MIE
Photobucket
Kalau nak ambil kelas advance untuk make up dengan Abg Mie nikenalah bayar beribu jugak. itu pun untuk kelas make untuk drama dan on stage make up , but untuk mendapatkan skill make up secara ringkas . Hanya RM500/- untuk dua hari sahaja . Amat murah berbaloi kepada sesiapa yang ada keinginan untuk belajar.
Tengok PIC kat bawah tu camner abg kita yang sorang menggajar teknik solekan dan memperbetulkan cara2 solekan kening.
Teknik solekan kening
Photobucket
Yang satu ni adalah Siti Marina, dia ni adalah Free Lance Mak andam , kerana pada hari biasa diabekerja dan akan melakukan aktiviti make up pada hari sabtu dan ahad sahaja.
Pernah dijemput untuk mempamerkan hasil solekan di MId Valley padaSept2008. Cuba lihat hasil dari solekan kakak kita ni.
Siti Marina Ibrahim ( sebelah kiri)
Photobucket
Pameran perkahwinan di MId Valley
Photobucket
Photobucket
Photobucket