Saturday, June 27, 2009

Bengkel dandanan Rambut di MPAJ


Salam sejahtera.
Bengkel Dandanan Rambut Lelaki Di MPAJ 16 MAY 2009( Sabtu)


Lama rasanya kita berjumpa. Terlalu sibuk dengan kursus dan juga di kedai. Pada 16 may lepas , saya telah di jemput oleh MPAJ dengan kerjasama Kolej Komuniti Hulu Langat untuk menggadakan bengkel dandanan rambut lelaki. Terkejut jugak. Tak pernah buat bengkel untuk orang lelaki ni. Apapun rezeki jangan ditolak. Saya telah menjemput salah seorang kenalan lelaki saya untuk memberikan serba sedikit tunjuk ajar. Ini kerana peserta adalah terdiri dari kaum lelaki.Segan juga kalau saya seorang saja perempuan dan kena ajar kaum lelaki.
Saya menunjukkan cara menggunting dengan betul



Kelas bermula pada jam 10 pagi, di mana saya menerangkan kemahiran menggunting rambut adalah salah satu cara paling senang untuk menjana pendapaan. Mana tak nya cuma perlukan sikat dan gunting. Bagi lelaki benda ni senang je masuk poket dan bawa bersama-sama bila kita berjalan. Agak2 rambut anak saudara , kawan2 dan ipar duai panjang , cadangkan rambut mereka untuk digunting dah dapat RM5/-. Sewa kedai pun tak payah.

Yang amat mengejutkan. Ramai juga peserta lelaki yang berminat dengan bengkel kami. Sehinggakan makanan pun tak cukup.

Disini saya paparkan gambar saya dan rakan saya iaitu Abg Din pada hari bengkel dandanan rambut dijalankan.

Budak2 sekolah pun turut hadir. Mana tak nya. nak asah skill lagi .


Ini adalah Tenaga penggajar jemputan iaitu Abg Din dari Jalan Kebun Shah Alam. Kedai dia ni depan Sekolah Jalan Kebun







Abg Din menunjukkan Demo bagaimana cara memotong rambut untuk budak sekolah

Ini Budak sekolah lagi. bukan main seronok bila kita suruh dia menggunting


Ini adalah peserta kami pada 16 May 2009 di MPAJ






Kepada sesiapa yang berminat untuk join kelas saya. YOU ARE WELCOME.

Saya lebih berminat untuk membuat kelas yang informal dan santai. Kelas lebih meriah dan mudah mesra gitu.