Saturday, January 31, 2009

Teknik Asas Solekan Malas yang mudah


Photobucket


Selamat bertemu kembali


Ramai yang bertanya kepada saya dan menyatakan bahawa mereka ni megambil masa yang lama untuk bersiap ke pejabat untuk bersolek. Sebab itu malas nak bersiap. Jangan begitu ye sayang ku. Kita kena guna produt 2 In 1. Contoh seperti bedak. guna jenis two way cake. Ianya sekali ngan foundation. Kena ingat kita mesti memulakan sapuan pertama kita bermula dari dahi. hidung , pipi dan dagu. Juga jangan lupa leher kita tu.... Penting yer.
Ok... Ikut tips kat bawah ni .... Kalau nak mudah dan Malas
  1. Bedak asas disapukan serata wajah. Kalau guna cecair , seeloknyer guna tangan .Lebih rata. Pastu baru guna bedak compact.
  2. Untuk sapuan mata , kita gunakan warna asas dulu seperti kuning atau emas. Sapu kedua belah kelopak mata.Mulakan sapuan warna yang kita nak di kelopak mata. Saya lebih suka warna cokelat dan warna emas untuk pergi ke pejabat. Malas nak fikir2 warna. warna tu je selalu guna untuk ke pejabat.
  3. Kita nak sapukan pembayang mata , seeloknyer gunakan berus yang lembut supaya senang nak blend warna. Kalu tak nanti warna bertompok.
  4. Pastu guna liquid eyeliner dan oleskan dari penjuru terus kebahagian dalam.Tebalkan sedikit di bahagian ujung. supaya mata kita galak. Bos tengok mata kita pun tak jadi nak marah. Hehehe gurau jer
  5. Pastu ketip kan bulu mata. dan sapukan maskara.
  6. Ratakan kening menggunakan berus kening . Kalau nak tebal gunakan eye shadow berwarna cokelat. Sikat kan kening supaya warna sekata.
  7. Last sekali gunak lip gloss yang berwarna atau yang biasa. tak yah guna lipstik.Janji mata kita menunjukan keserian dan kecerian penampilan pada hari tersebut.

Senang dan mudah kan , tips make up saya. Saya rekomenkan guna barangan elianto. senang dan tak comot seperti brand make up lain.Make up artis pun guna Elianto untuk make up . Baranga elainto harga nye berpatutan.Yang penting tahan lama dan kalis air.

Semoga bersua kembali .